Tuesday, 30 July 2013

senarai semak sebelum ke mesir

salinan dokumen-dokumen penting.

1) salinan kad pengenalan diri sendiri
2) salinan kad pengenalan ibu bapa.
3) salinan kad pengenalan adik beradik
4) salinan surat beranak (diri sendiri/ibubapa/adik beradik)
5) salinan slip/sijil spm, stam, matrikulasi, diploma
6) salinan surat tawaran (universiti)
7) Salinan penyata gaji ibu bapa/kad pencen/borang EA/borang EC
8) Gambar passport

Kalau korang nak lagi sistematik, scan lah dokumen-dokumen penting itu dan masukkan dalam pendrive. Isikan pendrive anda dengan scan dokumen di atas & scan Buku Bank, kad bank , IC parent, gambar passport yang terbaik dan lain-lain yg berkaitan, kadang-kadang kita kena buat urusan melalui online jika kad bank kita tak dapat berfungsi.
*Kad bank HSBC/BSN. Hanya dua bank ini sahaja yang boleh digunakan di mesir dan pastikan kad ini diaktifkan. Tapi bank HSBC yang mudah dijumpai.. PASTIKAN AKTIF!!
Tinggalkan segala buku bank, kad pengenalan, Sijil asal, Lesen Memandu dan barang-barang penting di Malaysia
*Passport – PASSPORT adalah nyawa anda di mesir. Visa tu x pasti la..cube Tanya pegawai yg akan bawa korang. Kalau visa tu korg tanya la orang yg membawa korg ke mesir macam mana. perlu buat atau x.
*Kamus - Bawalah kamus yang berkaitan
*Tukar duit - Tukar duit Malaysia kepada Dollar, sebab kat mesir tak laku dah duit Malaysia, kalau ada orang bagi kat airport, cepat-cepat gi tukar ataupun bagi kat parent untuk tukar n masukkan dalam bank , tukarlah USD 500 dan letakkan kat baju sikit, kat dalam beg besar sikit, beg kecik sikit, takut kat airport polis check, dia akan banyak Tanya...

MAKANAN

Serbuk santan(packet) - jgn bawa yg liquid,nanti beg berat @ pecah
Serbuk kari daging, ayam, ikan, rempah kurma, sup bunjut etc
Jintan Halus (ayam goreng berempah)
Serbuk kunyit, halia
Cili kering/ serbuk cili - ade je cili kering kat sane (filfil ehmer) but sgt pedas
Lada Hitam
Asam jawa, asam keping, asam pedas
Ikan bilis, udang kering, ikan masin, ikan kering - semua ni takde kat sana. Optional lah. Ikan bilis & udang kering agak penting
Kiub ikan bilis - (kiub ayam Tak Perlu. Ada banyak kat sana)
Kiub/pes Tomyam
Budu/cencaluk/tempoyak
Bihun - mmg x de kat sana. Biasa breakfast, ktwrg rebus mee spaghetti tu je, n then buat mee goreng. Kalau nak kasi cantik sikit, waktu rebus mee, letak kunyit sikit, so, akan jadi mcm mee kat msia lah.
Serai yg dkeringkan, daun kunyit,daun kari,daun kesum,daun limau purut etc
halia, lengkuas, kunyit
Rempah ratus (bunga lawang, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan adik-beradiknya)
Belacan
KICAP - siapa yg x boleh mkn nasi tanpa kicap tu, mmg kene survive lah. Mesir x de soy sauce. Kalau oyster sauce utk masak tu adalah
Sos cili, sos tiram - bawa yg refill tu lah, takde la berat sangat bw botol kaca tu. Sos cili mesir rasa sos tomato. dwrg x makan pedas.
Perencah nasi goreng (variety), mee goreng, sup sayur - crucial utk awal2 ni, sbb x terer masak sangat kan dan juga crucial waktu time exam.
Lesung batu (jika perlu)
Maggie kari/tomyam/asam laksa - kat sini Maggie x de tp penggantinya adalah IndoMee
*Barang mentah -biasanya makan ayam, daging dan ikan lah. ikan byk je yariety yg ada : keli, sardin, etc. Sotong harganya ok lah. tp udang mmg agak mahal. Ketam pun ada... So, no worries ! Oh ye, kerang pun kat certain tempat ade. Lala(remis) pun ada.

MINUMAN

Ovaltine / Milo - kat sana ada je hot chocolate drink, tapi x sesedap m'sia lah
Milk product - berlambak2. Jangan risau. Susu tepung ada, fresh milk dalam kotak ada, susu kambing yg betul2 pure sampai kene masak dulu atas api pun ada.

MINUMAN

1. ovaltine (milo boikot kan?)- kat sana ada je hot chocolate drink, but tak sesedap msia lah
2. milk product- berlambak2.hehe.jgn risau ye.susu tepung ada, fresh milk dlm kotak ada,susu kambing yg betul2 pure smpi kena masak dulu atas api pun ada. *susu sejat ada, tp mahal sikit. Susu pekat memg takde.huuuu
3. kordial – kat sana byk jus(oren,mangga,epal etc). YG TAKDE-> sirap, sarsi,ribena
4. caffeine-boleh didapati dgn byk dan pelbagai jenis.

ELECTRICAL APPLIANCE

brg elektrik kat sana tak sekebal Msia, so,cdgn akak adlh: pakat dgn housemates,bahagi2kan electrical appliance
1)periuk nasi (tak yah besar2 sgt pun takpe)
2)water boiler
3)blender
4)iron
5)extension wire- yg ni optional .but extension sana memg cepat rosak laaa.huuuu. Kat mesir guna plug dua pin. Bawaklah beberapa adapter dari msia. Sbb nanti awal2 ni, takut kelam kabut kan.
6) adapter 2 pin(international plug). kat sini plug 2 pin. korg akn sngt memerlukan adapter nnt.huu

PAKAIAN

*Baju melayu lengkap 2 pasang( nak bawa lebih pun x pe)
*Kot/blazer untuk program-program rasmi dan kehormat
*BAJU BATIK(kalau ada) – untuk hari raya dan hari kehormat..tp biasanya hari raya org pakai baju melayu atau jubah yg dibeli disana dan hari kehormat pakai baju kemeja/ baju batik.
*Songkok
*Samping
*Pakaian sukan
*Pakaian harian
*Pakaian solat
*Sejadah
*Kasut->kita kat sana memg byk jalan, so,akak suggest, bawaklah kasut yg berkualiti awal2 dari msia. Kasut kat mesir ni, tapaknya keras sikit, tak seselesa msia. But branded shoes ade je kat sana(but then, branded shoes kat msia memg lagi murah). Dan kasut, bawaklah color yg gelap. Mesir negara berdebu, bwk kaler putih kang, gerenti kena basuh every week.
*Stoking -> kat mesir ada jual stoking sandy dkt Hussein. Kain licin,x mudah koyak & sedap untuk dipakai..untuk permulaan ni bawalah secukupnya sbb nak g sana bukannya dekat..
*Segala pakaian wajib
Basically, hari2 ramai yg pki baju kurung g kuliah.ok je lah, org ARAB tak pandang pelik pun. but kat sana byk jual blaus yg best n skirt yg best.hehe.
*Tudung- >org arab kebanyakannya pakai selendang. So, agak susah lah kan. antunna bawaklah tudung secukupnya dari Malaysia. Tapi kat certain tempat, ade je jual kain tudung; kita beli ikut meter, potong sendiri n jahit tepi sendiri =) Oh ye, serkup yg fesyen msia punya takde jual kat sana. Oh, brooch juga tidak semenarik msia.hehe.
*Pakaian winter- winter coat antunna boleh beli kat sana. Tights utk halang angin waktu winter pun boleh beli kat sana je =) tp akk prefer bawak satu dulu dr msia

TOILETTRIES

Jenama international semua ada dijual- shower foam,syampu, ubat gigi, pencuci muka,deodorant(spray, tak spray), lipbalm, lotion,cologne semua ada. (sbb jr sekolah akak sebelum ni pernah risau sgt smpi nak bawak semua benda ni utk bekalan setahun punya). Bawak dlm kuantiti utk sebulan dua ok lah. *Jenama yg ada-lux ,sunsilk , dove, nivea, rejoice, pantene, colgate, Johnson, clean n clear; semua ade laa.jgn risau. But kbyknnya yg patut kita boikot kan.. tapi takpe, sebab kat mesir banyak je jenama alternative. tp prefer bawak dr msia sikit dulu.

UBAT-UBATAN

- ubat pijat
- minyak angin/minyak gamat/koyok
- ubat-ubatan penting -Jika anda mengalami masalah kesihatan, pastikan anda tahu nama ubat anda dengan tepat, supaya senang dicari diMesir nanti

*Bag kuliah Bawaklah beg satu, sebab mudah nak bawak barang

STATIONARIES
*liquid paper, eraser and etc
*Farber castell (tak tau la eja betul ke tak), yg made in msia, boleh didapati di mesir (pen) PILOT ada. STAEDTLER pun ade. Ok je kan.iA boleh je survive kan even tak de stationaries yg best pun. Antunna bawak lah colour LUNA tu. Colour luna tu kan cantekk.heheh colour untuk bdk medic mmg perlu tp kalau yg amik agama x tau la perlu bawa atau tidak

PERHUBUNGAN TELEFON & INTERNET

ada je line etisalat.0.15 genih/min untuk panggilan dan 0.30 genih/sms.so,kat sana lebih prefer call dr msg Internet di mesir – ada banyak option.
(1) byk je cybercafé (lebih sesuai utk ikhwah)
(2)internet thru hp sgt murah-1 le [rm 0.62] utk tempoh 24 jam – x pasti skrg ni naik @ x
(3)kalau nak setup internet kat rumah, boleh tarik wayar dari cc 
(4)tapi yg paling ok adalah wifi sbnrnya.nanti sampai sana boleh mintak tolong seniors antunna.jgn risau ye
(5)broadband- rmi dah student msia yg guna.usb modem tu semuanya memg kat sana lah.sebab direct dgn telecommunication company tu (149LE/month)

UTMOST IMPORTANT THING AL-QURAN AL-KARIM->manual hidup kita kan ni..mana boleh tak bawak.kalau tak bawak, habis laaa. Cube bayang kita nak guna iphone, tapi takde manual…ape akan jadi??sia2 je hp mahal2 tu kan. KITA as MUSLIM pun patut tahu dan KENA belajar lah guna manual yg ALLAH dah kasi tu. Dicadangkan agar bawak al-quran yg kecil. Senang nak bawak ke mana2 . takde laa nanti tak bawak quran g kelas sbb takut beg berat. PALING PENTING, bawak quran yg BERSERTA TERJEMAHANnya ya. Cube bayang kalau kite sesat jalan kat Germany, dan takde kamus german-melayu kat tgn. Hrmmm,mesti kita akan takkan jumpa jalan keluar kan? mcm tu jugak lah alquran.baaaaanyak lagi benda yg kita kena explore dari kata2 ALLAH tu. Dan bila graduate nanti, for sure kita nak diri kita tersiap-sedia dgn sesuatu yg bukan setakat KULIAH yang kita pergi sahaja. Kita nak Belajar kat mesir ni, org lain tentu ada high expectation pd kita kan? diri antunna sendiri, mesti ada personal achievement yg nak dicapai bukan??
Maka, nasihat daripada seorang senior,
1.Set niat, set matlamat betul2. 
2.Persiapkan diri, mentally, physically. 
3.Kita nak jadi MUSLIM yg BERILMU. Kalau niat dah betul, iA jalan tu juga akan jadi jelas… Kita dating ke Mesir ni untuk belajar kan,bukan untuk main.. Akhir kata, Bumi Mesir itu bumi anbia’, bumi tempat lahirnya para nabi,bumi tempat berjuangnya Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Yusof. Tapi Bumi Mesir tu juga bumi firaun yg angkuh, bumi tenggelamnya harta si Qarun yg bongkak tu.. Terpulang pada kita ni,mcm mana nak bentuk diri kita…. Moga kita semua sentiasa dalam naungan ALLAH.
*note dari senior di Mesir
Harap2 usaha yang sedikit ini dapat membantu bagi yang nak pergi ke Mesir..
Post a Comment